Rabu, Julai 13, 2005

Kisah Diari dan Blog.

"Kata bestari: Talk low, talk slow, and don't talk too much."
Diari, aku jarang sekali menamatkannya hingga ke penghujungnya. Dalam setahun hampir 2-3 buku diari percuma yang aku terima, tetapi tidak semua yang aku gunakan. Mungkin aku perlu berubah sikit dalam penggunaan diari selepas ini. Cuma apa yang menarik hatiku ialah penggunaan diari maya atau popular dengan gelaran Blog banyak membantu ramai pengguna internet untuk menulis sesuatu menarik dalam dunia masing-masing. Berwarna-warni kehidupan kita dengan cerita-cerita manusia.
Pertama kali aku membeli sebuah diari ialah ketika di sekolah menengah. Oh tidak! Itu pun pemberian orang. Ia adalah diari Muslim yang penuh dengan doa, ajaran-ajaran asas Islam dan yang paling menarik ialah cara ia dihasilkan. Gambar sebiji burger yang mengapit kertas dan pensil dengan hiasan-hiasannya sekali. Itulah pertama kali aku melihat sebuah diari Islam. Dan itulah diari Islam yang gemuk dengan kata-kataku sehingga penghujung tahunnya.
Teringat kata-kata Slyvie, pelancong Perancis yang aku temui beberapa bulan yang lalu. Dia juga penggemar diari, tetapi dia tidak menulisnya setiap hari. Hanya perkara yang unik sahaja akan menjadi pilihan. Insya Allah aku akan cerita tentang Slyvie kepada anda semua. Wanita Perancis yang memuji Malaysia. Hari ini aku melihat pelbagai jenis Blog yang mempunyai keunikan masing-masing. Ada yang menceritakan tentang kegembiraan, kedukaan, melemparkan emosi yang sedang marah pun tidak kurangnya dengan ayat-ayat yang kurang manis. Marah itu perkara biasa, tetapi kenapa perlu menjaja kepada orang ramai tentang keburukan diri dengan jenis kata-kata yang tidak sesuai?
Mungkin ini yang dilaungkan oleh kebanyakkan orang, Kebebasan. Bukankah kebebsan yang Tuhan berikan adalah kebebasan terpimpin, bukannya kebebasan nafsu-nafsi ciptaan sendiri. Aku mengagumi Blog yang penuh nilai ilmu yang aku boleh belajar. Malah ada juga satu dua Blog yang aku akan lawati sekerapnya untuk membaca sesuatu yang boleh dikongsi bersama.
Aku seronok melihat ada pasangan suami isteri yang menjadi Blog sebagai pengikat hubungan kasih sayang mereka. Mereka mencoret sesuatu yang penuh inspirasi, sentiasa meluahkan kata-kata cinta sesama mereka, bercerita tentang kebahagian dan kegirangan di mata anak-anak mereka.
Hipokrit? Oh, rasanya tidak. Mereka menulis kerana setiap huruf itulah harapan mereka. Lebih baik mereka menceritakan sesuatu yang menceriakan jiwa berbanding menyuarakan masalah yang sepatutnya menjadi rahsia pasangan.
Blog menjadikan manusia sebagai manusia yang kreatif. Siapa sangka senyapnya rakan anda sebenarnya 'bising' dalam dunia maya dengan ketukan papan kekunci. Inilah kehebatan Blog.
Malah Blog juga adalah gudang untuk seorang pelayar mengambil bahan yang menarik perhatiannya dan dijadikan sebagai koleksi. Cuma dalam hidup, kita perlu menyedari satu perkara, setiap manusia mempunyai rahsia dirinya, tidak bermakna seorang pemilik Blog perlu menceritakan setiap rahsianya... Bijaksanalah dalam menggunakan teknologi. Takut-takut ditanya oleh Allah nanti.
Pengguna Blog harus tahu menggunakan peluang teknologi ini. Jangan sekadar tahu menggunakannya tetapi tidak tahu memperkembangkannya untuk menjadi sesuatu yang menguntungkan diri dan orang lain. Petua yang diberi oleh seorang sahabat tentang Blog ini saya perturunkan kepada anda.
  • Gunakanlah gaya bahasa Melayu betul dalam penulisan Blog.
  • Catat perkara-perkara yang unik dalam kehidupan setiap hari.
  • Ulas kisah hidup dalam dua warna positif dan negatifnya.
  • Simpan salinan Blog dalam bentuk fail Word. Mungkin boleh dibuat seminggu sekali atau
  • setiap kali anda menggunakan 'thumdrive' di komputer umum.
  • Susunlah seperti satu bab kecil sehari dalam fail Word dan lihatlah hasilnya selepas 12 bulan. Ia menjadi sebuah Novel!
  • Cetak dan jilidkan elok-elok. Mungkin ia menjadi khazanah keluarga atau masyarakat yang berguna.

Kebanyakan penulis bebas mempunyai diari dan dalam istilah teknologi mellinium, Blog mungkin pengganti yang baik. Kebanyakkan idea penulis juga datangnya dari sebuah diari. Hampir setiap hari ada sahaja perkara yang ingin disentuhnya dan dikongsi kepada orang ramai. Pemilik Blog juga seperti penulis bebas meskipun itu bukan impiannya, hakikatnya anda telah memulakan cerita tersebut.
Dunia sumber Motivasi Diri
http://www.motivasiminda.cjb.net/

1 Respons:

Tanpa Nama berkata...

you can no deposit money get organ city casino, rgbrgb cash for free here you do not need cash for start, you already got it!
poker online za darmo
In order to confirm your new account, you need to login with the password bonus that we've sent to your email address.
login ! without making deposit, players cash for free in the united states are welcome, try your luck with real money and win without
poker free bonusesIf you don't no deposit confirm your account it will be deleted after 48 hrs.
If you didn't get an email, check your junk mail folder. You should add ezwur white list.
Go to the Settings tab and downlo deposit, players cash for free in the united states are welcome, file. Upload it to your web server.
Copy the HTML Code from the no deposit Settings tab into all your files that you bonus wish to get logged.
Please read the instructions to control the visib no deposit ilinter.
bonuses no deposit poker
onds casino bonus, Free bet no deposit, Biggest no deposit ... Casino bonuses tropez promotion, Casino E
onuses - Free Poker Money. ... 1 VIP is bonuses my world
awarded for €4 in rake no deposit money - the bonus will be released in rates of €10 f
http://www.pokermaniak.com.pl/Inne.html titan Learn poker fast how to win no
poker free bonuses Lista con i migliori bonus dei poker online - nessuno deposito

 

Catatan Trainer Kursus Penulisan Copyright © 2011 | Template design by O Pregador | Powered by Blogger Templates